Wednesday, April 29, 2009

story of the year

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga
tahun
lebih muda daripada
aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai
sapu tangan yang
menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku
ambil 50 sen dari
poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah
memanggil kami berdua.
Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi
dinding.
Aku menggeletar
melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai
singa
lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang
renungan
tajam mata
ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma
tunduk
memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!"
sambung ayah
sambil mengangkat tangan untuk
melepaskan
pukulan sulungnya ke
belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah
dengan
kedua-dua belah
tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas
mengungkapkan kata-kata
itu, hayunan dan balunan silih berganti
menghentam tubuh adik. Aku
gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau
perit
menahan sakit, setitis
punairmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai,
ayah merungut:

"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah
sendiri. Apakah lagi
perbuatan kamu yang akan memalukan ayah
di
luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas
mendakap adik.
Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-
balar
cuba kami ubati.
Namun adik cukup tabah. Setitis pun air
matanya tidak mengiringi
kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati,
kesal dengan sikap
aku yang takut berkata benar.

Adik segera menutup mulutku dengan kedua-
dua belah tangannya
lalu berkata,"Jangan menangis kak,
semuanya dah
berlalu!"

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak
mampu
membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah
kerana mempertahankan
aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik
mendapat tawaran
belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku
pula
ditawarkan
menyambung pelajaran ke peringkat pra-
universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya
lampu
minyak tanah bersama ibu
di ruang tamu. Aku terdengar ayah
berkata, "Zah, kedua-dua anak
kita cemerlang dalam pelajaran. Abang
bangga
sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang...!" aku
terdengar ibu
teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit membiayai
mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia
berdiri di
depan ayah
dan ibu.
"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan
ikatan
kain pelekatnya
dan merenung wajah emak,kemudian wajah
adik
dalam-dalam.

Panggggg....sebuah penampar singgah di
pipi
adik. Seperti biasa
yang mampu aku lakukan ialah menutup
muka
dan menangis.

"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah
terpaksa
mengemis kerana
persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia
takkan dapat
membawa keluarganya keluar daripada
kemiskinan," aku memujuk
adik tatkala menyapu minyak pada pipinya
yang
bengkak.

"Kakak perempuan...biarlah kakak yang
berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik
tiada dibiliknya.
Dia membawa bersamanya beberapa helai
baju
lusuh yang dia ada.
Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata,
terdapat sehelai kertas
yang tercatat.....

"Kak...untuk dapat peluang ke universiti
bukannya mudah. Saya
cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah
termenung, jelas
dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang
menggunakan air matanya
memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama,
teman
sebilik menerpa:
"Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku
nampak adik
berdiri dengan pakaian comotnya yang
dipenuhi
lumpur dan simen.
"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik
yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak
lihatlah
pakaian adik ni.
Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau
mereka tahu saya adik
kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut
mendengarkan jawapannya. Aku
cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih
mengalir
di pipi. Aku
kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan
simen
pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku
bersuara, "Akak tak
peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit
rambut
berbentuk
kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku
sambil berkata, "Kak, saya
tengok ramai gadis pakai sepit macam ni,
saya
beli satu untuk akak."

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku
rangkul adik dan
dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat
ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung
sementara menunggu
konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding
rumah
bersih, tak seperti selalu.

"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk
bersihkan
rumah sambut saya
balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang
kelmarin. Habis
tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik.
Kami berdakapan.

"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa
luka
pada tangannya.

"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai
buruh
kontrak, kerikil
dan serpihan simen jatuh seperti hujan
menimpa
tubuh saya sepanjang
masa.

Kesakitan yang dirasa tidak dapat
menghentikan
usaha saya untuk
bekerja keras."

Apalagi...aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27
tahun.
Suamiku seorang usahawan
menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang
lain?" kata adik.

"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja
dengan kelulusan yang
adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata
ku
memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya
ringkas,
cuba menyembunyikan
kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja
sebagai
petani setelah
ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya
dengan
seorang gadis
sekampung, juruacara majlis bertanya,
"Siapakah
orang yang paling
anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak
saya...."katanya lantas
menceritakan suatu kisah yang langsung
tidak ku
ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah,
setiap
hari kami berjalan kaki
ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya
tertanggal. Melihat saya
hanya memakai kasut sebelah, kakak
membuka
kasutnya dan memberikannya
pada saya. Dia berjalan dengan sebelah
kasut.
Sampai di rumah saya
lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul
dan
calar-balar."

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri.
Saya
akan lakukan
apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu.
Saya berjanji akan
menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke
pelamin, mendakap
adik sungguh-sungguh sambil meraung
bagaikan
diserang histeria.

No comments:

Post a Comment